Kita habiskan masa kita tanpa sedar,
Tak pernah berhenti untuk menilai semula,
Apa yg baik, yg mana yg buruk, perlukah dibaiki?
Nampak sangat kita sombong dengan masa,
Aku tak rasa aku berlari ke sini ke sana,
Bukan aku tak kisah dunia,
Cuma dahaga aku bukan diisi oleh benda biasa,
Mungkin yg depan mata tu cuma kerakusan,
Yg dah berzaman bertakhta di hati,
Bila nak kikis, buang? Tak mahu berbekas sampai mati!
Mula saat ni aku coretkan,
Sedikit, sebagai ubat hati,
Sebagai ingatan sendiri,
Bila saat aku longlai,
Tak gagah berdiri.
No comments:
Post a Comment