Borak-borak petang

''Eh Cybe, ko memang balik Malaysia bulan 8 ni?'' Ed garu kepala yang tak gatal. Petang-petang ni memang rasa bosan kalau tak bersukan. LC dah balik Malaysia minggu lepas. So, tak cukup corrum nak main badminton walaupun masa lapang banyak. Hospital placement last hari Jumaat. Lepas upload report semua, memang kepala menerawang jauh ke negeri masing2.

Pahang. Melaka. Selangor.

Cybe dengan baju Man City berkolar tengah asyik menghadap skrin Dell Studio custom-nya. ''Yep. Rindu,'' jawabnya pendek.

''Ohoh..pandai gak ko rindu-rinduan ni yek? Aku ingatkan mamat hardcore sports, gig, techy cam ko takde mushy2 ni..''

''Cakap berlapik sikit ye. Aku kalau buat soap opera boleh dapat award tau?'' Cybe sengih. Memang tak siapa boleh sangka. Kalau sekali pandang, memang Cybe ni macam anak taikun yakuza yg pegang satu Tokyo, tak pun mafia Italy.

''Ko anak ke berapa ek, Cybe?''

''Apesal nak tau?''

''Saja. Kalau ada adik pompuan hot, boleh aku masuk line.''

''Nampak ni?'' Sua penumbuk, mata still ngadap skrin laptop. ''Langkah mayat aku, romeo. Kalau tak berpangkah, bersilat jangan harap nak sentuh la..''

''Oh? ko ada adik pompuan la maknanya?''

Cybe jungkit bahu. ''Kitorang berdua beradik je dalam family. Ayah aku, nenek aku. Adik aku tu kat KYUEM, buat A-level. InsyaAllah lagi dua tahun boleh fly sini.''

''Oh....''

Betul la, kalau kita tak pernah tanya, macam mana nak tahu sesuatu?

No comments:

Post a Comment