Secret.problem.


''Hei Cybe, ko takde kerja lain selain baling-lantun-sambut bola tenis kat dinding ke?''

''Aku tengah cari ilham ni..ko apa tau..?'' jawab Cybe selamba sambil pejam celik membelek Kumar&Clark.

Memang hari sabtu ni agak bosan. Semua ngadap buku je. Lagi dua hari ada progress test. Walaupun medical school nyer concensus kata tak perlu study, tapi still ada rasa cuak tu.

Buka buku cuma nak sedapkan hati. Mental exercise kut.

''Kin, rasa-rasanya....boleh ke aku pass test kali ni?'' Bunyi pesimis. Buat aku rasa tak best je.

''Rileks la. Bukan last sem punya progress test ko satisfactory apa?''

Satisfactory boleh kira gred purata bagi student batch tahun tiga. Janji dalam setahun tak fail lebih dari sekali patutnya boleh proceed ke next academic year. Tapi fair jugak la kalau Cybe nak cuak2 macam ni. Aku pun malas gak nak deal dengan dean.

Buang masa. Buat aku down.

''Ko cam ada masalah je Cybe?''

''Biasa la.'' Datar je jawab.

''Kalau ada apa-apa problem bagi tahu je la aku. Aku boleh jadi ko nyer confidante.'' Bukan selalu aku offer nak tolong orang selesaikan masalah orang lain, sebab aku sendiri punya masalah yang aku simpan sendiri.

Skeleton in the closet.

Cuma alunan instrumental dari Explosion in the Sky yang mengisi ruang gema antara kami.Cybe masih dengan bola tenis dia. Dia ni tak main tenis pun tapi beli set bola tenis sebab nak praktis juggling.

''Aku takde banyak skill yang aku boleh banggakan. Ni je la satu skill yang buat aku rasa more than the average people.''

Aku faham. Kita semua tak mahu jadi hanya manusia biasa.

Tak mahu tenggelam ditelan masa!