Surah al-Mukminun; 1-33
#orang beriman itu ibarat petani, dia bertani di dunia dan mendapat tuaiannya di akhirat (sama ada syurga atau neraka).
# wa qul rabbi anzilni munzalam mubarakau wa anta khairul munzilin (23:29)
Aisyah r.a pernah di tanya bagaimana akhlak Rasulullah itu?
''Akhlaknya seperti al-Quran.''
****
Kisah Urwah ibn Zubair; kisah waktu kecil, teman2 spt bila ditanya apa impian dia, dia nak jadi ilmuan
****
tafsir alQiyamah; Allah mula dgn bersumpah dgn hari kiamat, menggambarkan betapa pentingnya hari itu. dan sumpah dengan 'nafsu lawwamah' iaitu jiwa2 yg kesal kerana banyak buat dosa atau tak berbuat cukup kebaikan.
peringatan buat manusia, setiap kebajikan itu akan dihisab diakhirat kelak. .kait ayat as-Sajdah; 12
Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin”.
pada waktu ni dah tak ada makna. masa kita dah lepas di dunia.
manusia enggan beramal dan mendustakan hari kiamat itu kerana lebih suka berada dalam keadaan sesat, tenggelam dalam maksiat ( li yafjura amamah ).
No comments:
Post a Comment