sabar daripada marah

bismillah.

apa rasulullah s.a.w kata tentang mereka yang mampu tahan amarah?
mereka orang paling kuat
definisi kuat dalam islam berbeza dari definisi Kamus Dewan

kalau orang tanya aku,
aku kata aku bukan orang penyabar,
mungkin ikut abah
masuk gerai makan, duduk, order makan dan minum
hisap 2 batang rokok
kalau makan minum tak sampai gak lagi
blah..
senang cerita.

sabar tanda ada control

bila orang buat perangai
aku sangat meluat

bila orang complaint or mengutuk belakang2
(tak kira orang yg kena aku kenal atau tak)
telinga aku rasa terbakar
rasa nak tikam2 mamat yg banyak cakap ni

bila ada orang merajuk
kerana rasa tak dihargai
kerana rasa tertipu
kerana rasa ditinggalkan
kerana sangka-sangkaan di minda
...aku rasa menyampah dengan dia

kerana tak berfikir dalam2
kerana tak bertanya terus daripaa berspekulasi
kerana tak berkata-kata
...lalu bermuka masam

kita tak mahu control
..perasaan
..sangka-sangkaan
..tingkah laku kita

kita sanggup biar hilang control dan meletup

maafkan aku kerana aku juga manusia
ada rasa menyampah, meluat,terbakar

***

sabar dalam islam pada 3 perkara

(1)sabar dalam menunaikan perintah Allah
solat,puasa,zakat,haji

(2)sabar dalam menjauhi perkara yang dilarang
..menjaga pandangan,kemaluan
..tinggal perkara lagha, membuang masa
jaga adab,akhlak
etc.

(3)sabar menghadapi kesukaran dan dugaan hidup
kemalangan, hilang harta benda atau orang tersayang
kegagalan dalam exam,perkahwinan
dugaan ini kerana 2
Allah mahu ingatkan hamba-Nya unia ini sementara
Allah mahu menguatkan keimanan hambanya yang soleh






No comments:

Post a Comment