aku tak faham

sumpah aku tak faham sebenarnya apa kehendak manusia ni. duit, pangkat, rumah,kereta tu macam benda yang biasa aku tengok, tapi kepuasan-emosi-obsesi!?? memang aku tak faham apakejadah yang orang nak.

aku ada member-ain (baca arab untuk dua) yang memang jelas punya percanggahan personality (personality clash or collision?).

X ; sangat petah berkata-kata, dan bila ada masalah atau perselisihan sangat senang nak dapatkan penjelasan atau masuk dalam perbincangan. bila dia tak dapat nak salurkan pendapat dia pada pihak kedua atau ketiga, lebih selalu buat sangkaan-sangkaan (hunch or intuition) ataupun dengan menyiasat orang keliling subjek utama (baca: orang, individu) yang terlibat.

W ; sedikit menyimpan (bottle up) dan hanya berkata-kata apa yang perlu. lebih suka dengan pendekatan action speaks louder than words, dan memang dia akan campak perselisihan tu jauh-jauh, bak kata pepatah buang yang keruh, ambil yang jernih. bila diberi peluang berkata-kata atau menjelaskan isu berhadapan, jangan potong cakap dia atau buat muka menyampah atau marah. dia dengan mudah rasa takut, atau mahu jaga hati kawan la senang kata, akhirnya dia tak boleh nak berkata sepatah pun.

jadi..

apa masalah diorang?

dua-dua orang ni memang dari awal tak berapa 'ngam' dengan satu sama lain. tapi diorang masih cuba untuk buat-buat normal, teruskan rutin harian macam tak ada masalah.



ok. bahagian ni, pun dah cuba, tapi rasanya tak cukup dan kadang-kadang ada perhatian atau perbuatan atau personaliti yang tak boleh nak dipalsukan.

sekarang, dah tahap retak terbelah-belah bagai pinang dihentam tukul, dikisar-kisar. ada juga cubaan untuk pick up the pieces (or debris?), dan ternyata mustahil bila kisah lama terungkit-ungkit macam papan jongkang-jongkit.



apa lagi aku boleh buat? kata-kata aku memang tak lut nak tembus calvaria dari admantium diorang. hati dah tawar mengalahkan teh kurang gula yang aku buat. kata2 diorang terasa lagi bagus dari air liur aku.


Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.”
Quran 13:28

memang jiwa aku kacau sebab secara tak langsung aku terbabit sama.





No comments:

Post a Comment