rindu bertali arus ni. bijakkan dirimu wahai aku

aku rindu pada family aku,
sebab apa?
hanya sebab,
diorang family talian darah kot,
takde sebab lain,
aku rindu unconditionally,
macam diorang sayang aku unconditionally.

aku rindu pada 'orang itu',
dia dah macam abang aku kat tanah orang ni,
mungkin aku tak turn out seperti yg dia harapkan,
tapi,
aku harap dia tak putus2 doakan agar aku berubah,
untuk kebaikan,
dan aku tak pernah ada rasa kecil hati, marah atau dengki,
dan aku doa supaya aku takkan ada rasa2 negatif tu,
sebab aku rindu dan sayang dia,
unconditionally.

aku rindu pada Allah dan rasul-Nya,
walau tak pernah bersua,
aku boleh tenang,
sebab aku tahu Allah bersamaku di mana2,
asalkan aku tak putus2 mengingati Dia.
dan Rasulullah s.a.w sayang dan rindu aku..
lebih dari aku sayang dan rindu dia.

aku rindu pada biah solehah,
tika bersama2 teman se-fikrah,
diorang semangat,
aku rasa makin kuat,
ijlis bina,
nukmin sa'ah,
jiwa yg kosong rasa terubat,

aku rindu pada syurga Allah,
meskipun belum kucium bau,
belum ternampak indahnya,
belum kedengaran tawa penghuninya,
aku mahu milikinya,
masukinya,
tapi diri yg kotor dgn jahilyah ini
adakah akan memungkinkan?

moga al-quran dan sunnah jadi bimbingan,
kita pimpin tangan,
menuju kejayaan abadi,
bukan hanya pada kata
atau rasa,
tapi beriring doa dan usaha.
Amiin...

No comments:

Post a Comment