aku dalam fasa me'refleksi' diri. hati/otak ni ibarat dilanda ribut, serabut. nak jadikan alasan kenapa iman terasa lemah, itu bukan alasan.
iman perlu effort, bukan alasan, kalau tak sampai bila-bila lemah.
astaghfirullah. astaghfirullah. astaghfirullah.
malam ni terasa perangaiku selama ni sangat buruk. kenapa? lihat [5:79]
kita hidup penuh angan-angan, cita-cita. aku mahu jadi seperti para pendeta dan rahib yg tak menyombongkan diri ni, check [5:82]. Subhanallah, sangat heaven bila respond mereka pada ayat2 al-Quran air mata kebenaran, dan janji Allah bagi mereka syurga yg dibawahnya mengalir sungai2 sepertimana disebut dalam [5:83-85].
No comments:
Post a Comment