rambling about

boleh bayangkan diri anda sepasang stoking? diregang-regang, picit2, lalu disarung ke sepasang kaki yang berbulu lebat..........&@^&%#&#,

......
......
............
............
............
............
............
............
............
......

tamat.


tahu kenapa monolog dalaman diatas tak dihabiskan? sebab aku tak ada cerita menarik untuk habiskan penulisan kat atas. terbukti memang aku tak ada bakat dalam penulisan.

apa bakat yang aku ada?

jenuh aku perah otak macam mana sekalipun, tak pernah dapat jawapan. masuk ni dah dua tahun lebih. parah, memang parah. situasi aku ibarat kerakap hidup segan mati tak mahu. perasaan ingin menyumbang membuak-buak dalam hati tapi bila sampai masa untuk melaksanakan aku goyah, hilang semangat. tak yakin pada kemampuan diri.

sekarang dah musim sejuk. pernah nampak segerombolan burung berhijrah? biasanya ada pattern, formation (ala2 kawad bunga waktu sekolah menengah dulu) tetapi akan ada satu dua ekor yg macam ketinggalan di belakang. aku terasa aku golongan satu dua ekor tu.

tapi takkan untuk selamanya? aku sabar menanti jawapan.

innallah ma'ana.

2 comments:

  1. Kita tak pernah sedar bakat apa yang kita ada, sebab kadangkala kita perlu melihat dari kaca mata orang lain.

    Walau kita rasa rendah diri, rasa tiada suatu apa yang bagus, yang boleh dibanggakan. Mungkin kita tak ketemu lagi, mungkin sudah terjumpa tapi kita tidak tersedar.

    Life is sometimes unfair, I agree. But Almighty Allah is the fairest being. That's the ultimate thing we need to really care about, don't you think? Mungkin kita masih terkapai-kapai, mungkin kita masih tidak menyedari.

    Good luck bro :D . Doakan

    ReplyDelete
  2. Amiin..

    Indeed, we never know what life have to offer in the future..sabo je lah.

    Inchik nazri awang kabare?

    ReplyDelete