si Logam, di minggu revisi, petang hari..


:.typical drawing of spinal cord.:


hanya tinggal 9 hari sebelum mid-term exam bermula, masih banyak bahan yang perlu di'cover'. dah la bukan alang sikit, nak baca tu kena faham, hafal lepas tu bagi lancar bila ditanya balik oleh kawan2 atau kertas ujian nanti.

dalam kelas kami ada sekelompok orang yg 'genius', tak main2 ye..3 4 orang je, selalu dapat top of the batch, tapi ranking selalu alternate.

ada yang satu ni memang tak punya life macam majoriti student kat sini, dia cuma boleh kita lihat hadir sama ada di bilik, kantin, restoran cina favourite, computer room atau lecture theathre je. yang sorang lagi relaks je, sosial cam biasa, aktif dengan society dan aktiviti kampus tapi masih score. satu masalah dia ni suka brag dengan cara yang sangat jujur, tak hina2 orang, tu je..

***

teringat hadis logam yang selalu teman2 sebut,

“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”


sekadar nak clarify, logam di sini sekadar mengumpamakan kehebatan manusia, memang lahir2 hebat, tak ada yang bodoh, lembik, sasau, atau hina lalu boleh dipijak2.

kenapa logam? sila google...:D

petang tadi ada terbaca Fiqh Sirah 1, intro kenapa islam turun di tanah Arab, bukan tempat lain, padahal waktu tu ada tamadun lain yang lebih gempak macam Parsi, Rom,Greek dan India..kenapa ye?

orang2 Arab waktu tu sangat2 teruk; bunuh anak perempuan, berperang tak habis2, belanjakan duit ikut suka..apa yang BAIKnya?

banyak makna tersirat yang kita tak dalami tentang masyarakat Arab waktu tu.

kenapa mereka bunuh anak perempuan; semata-mata menjaga maruah diri, bagi mereka maruah itu nyawa mereka!

kenapa mereka asyik berperang; demi menuntut bela ahli keluarga @ ahli kabilah dizalimi atau menjaga nama baik diri!

kenapa mereka menabur duit sebanyak2nya; kerana menginginkan kemuliaan dalam kehidupan mereka!

s
ecara kasar kita lihat orang tindak-tanduknya tak disenangi, tak elok pada pandangan mata, tetapi kita tidak tahu matlamatnya sangat murni!

set perilaku ini sangatlah baik kalau diintegrasikan dalam kehidupan seorang muslim, tetapi ada syaratnya, iaitu ''...sekiranya mereka faham''

No comments:

Post a Comment