tak guna diratapi. tak patut dikeluhi.

terkadang aku rasa sedih mengenangkan nasib saudara-mara, teman2, kenalan yang leka dibuai nikmat dunia..langsung lupa yang Maha Pemberi segala suatu yang ada di muka bumi.

tapi wajarkah aku terus mengasing diri dan hanya meratapi keadaan mereka yang tragis ini? Subhanallah..apa aku munafiq? hanya bersemangat, berkobar-kobar dalam bi'ah solehah tapi bila ke padang amal aku larut dalam gelak-tawa, alunan irama mereka yang aku ratapi..

TIDAK WAJAR!

kesedihan-kesedihan, segala ratapan aku hanyalah kesedihan/ratapan yang 'tak guna' selagi ia tak mengubah keadaan mereka yang diratapi. jadi apakah jawapan untuk memperbetulkan ketidak wajaran ini?

Sampaikan..Terangkan..Ajakkan!

jadinya aku duduk diam dalam bilik atau masjid2 bertafakur seorang diri masih tak cukup..kalau tidak siapa yang mahu bangkit memerangi mereka2 yang mengajak kepada kekufuran, hidup bermatlamat hedonisme? kufur itu satu PENYAKIT! aku manusia pelik kalau menerima norma masyarakat yang suka penyakit..

Astaghfirullah..Astaghfirullah..Astaghfirullah..

aduh...

baru sedikit hal tak mengikut perancangan aku mula resah-gelisah. duduk tak boleh diam sesaat, sambil kaki tak henti2 bergoyang ke kiri ke kanan. kadang keluar masuk bilik tak berhala tuju.

waktu sememangnya terasa semakin pendek. awal subuh dan senja selalu buat hati aku terasa tenang, terasa masa berhenti, terasa masa panjang. dalam waktu yang sama aku boleh mengimbas, mengulang tayang hidup aku yang rasanya cukup panjang tapi tersia-sia.

Alhamdulillah, diri ini masih diberi kesempatan untuk terus mengingati-Nya. aku doakan mereka yang aku ratapi juga beroleh peluang yang serupa!

aku tak mahu buang masa.


Demi masa.
Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

al-'Asr : 1-3

No comments:

Post a Comment